Friday, October 17, 2008

Kisah Klasik di Hutan Bandar

Iskk... sengalnyer bdn & kepale otak bape arini. Myk btol keje2 amal yg nak disettlekan. raye aku kali ni pun xder la bape feeling sgt. maybe sbb umur dah makin meningkat, so feeling sronok beraye tu dah x bape nak ader. cume thn ni bole kate last la aku beraye sebagai seorang anak dare yg suci & murni. Lps ni insyaAllah jadi bini org yg murni & harmoni plak la. suci? hhmm...dah kawin tu kategori suci lg ker? hahaha...susah plak nak ditapsirkan.

Thn ni aku beraye kat jb je. cut cost skit sblm nak betenggek atas pelamin. blk kg kang meluncur laju la plak segale wang kertas & wang besi. so, aku bole kate tiap2 ari la aku lalu-lalang kat Hutan Bandar tu. Rase sayu plak nengok port kami2 yg dulu berangan nak jadi geng polis angkase gaban z potong 2 tu. Terdetik plak aku, meriah lg ker tpt ni mcm mase zaman 90-an kami dulu? Kat bus stop tu la, kami & rakan2 segabanan yg lain dok mengelakkan angie, setiap kali terdengar bunyi volkswagen putihnyer yg sebatu dah mengaum. lps tu dok lumbe tepuk dahi masing2. OFF!!! Ksian angie. tp diakui la volswagen dia tu mmg cantik. kalo aku ader duit time dia nak jual tu, aku dah angkut dah.

Mase form 1 sampai form 3, port makanan kami adalah di kedai nasik ayam kak nor bersame pakcik kedai air yg agak miang2 buluh. walaupun kak nor tu dikategorikan sebagai 'megat' (megat = berperwatakkan spt lelaki) tp nasik ayam dia mmg terbaik. siap bole tukar ayam lg kalo ayam tu x besh. dia tu ader sorang anak p'puan. tp kami ni x berape tersior (tersior = bekenan) sgt dgn anaknyer tu. then tibe2 dia pindah. aku pun dah x ingat ngaper la kak nor ni memindahkan diri. lps tu aku dah xder jumper-jumper dia dah. x tau la kot2 dia berpindah ke zimbabwe plak.

Start je form 4-5. Kami dah berpindah arah ke nasik goreng separuh bersame sambal & ayam goreng. fuhh...itu pun terbaik jugak. kedainyer terletak di sebelah barat kedai kak nor tadi. Air teh-o ais abg sebelah tu pun lazat & bekrim jgk. Walaupun lg ramai budak2 yg suke menyua muke kat kedai usop santorian & adiknyer faizal, kami2 ni lgsg x heran. port kami jgk best & strategik. Sbbnyer, dkt port tu la bermulenyer semua gosip, kutuk mengutuk, suke-menyuka dll.

Hutan bandar ni aku rasekan tersangat-sangatlah, glamor & nostalgik. Sbbnyer tpt ni dijadikan port oleh pelbagai jenis org. (1) Org beromen (2) Org bergaduh (3) Org bergelak ketawe (4)Org bersedih (5)Org stone (6) Org bersenam (7)Org berdating
(8) Org cabut sekolah. Sampaikan flasher (flasher = org yg menunjukkan kemaluan berkonsepkan kelelakian) pun sronok jgk dok port kat situ. Tapi, yg paling aku x bole lupe, biler kami2 ni kantoi dgn si agogo mase cabut kelas, mkn nasik goreng separuh dkt hutan bandar. dahla kami ni cabut, ramah plak si malia ni menegur si agogo. seolah2 kami mmg lgsg x besalah. clean habis. berikut adalah perbualan malia & agogo.

malia: assalamualaikum cikgu
agogo: awak buat aper ni?
malia: mkn cikgu
agogo: nah, tulis nama kat kertas ni.
malia: ok

aku x tau la aper nak kate mase tu. nak gelak berguling pun ader. make akhirnyer kami pun tepakse la mengadap si raudhah aka mak angkat angie. dgr kate dia dah kawin dgn guru besor, si kamsani tu. x tau la btol ker tak. itu x temasuk lg nengok bdk2 lelaki ni begaduh kat blakang2 tu. tragedi flasher yg menayang p***i kat kami. tp biler cik a nak amik gambor dia. tau plak cuak. duduk kat celah2 pokok tu. dia ingatkan kami ni x reti membezakan daun2 pokok dgn p***i ker?

Alamak, siren opis aku yg berkonsepkan kilang ni dah berbunyi. Kene cargas pulang ke pangkal jln ni. Maklomla, ari jumaat ni mmg sure punyer jln sume jam. Ujan lebat plak tu. Mmg masak berasap la nak drive ni. Myk lagi mende menarik yg jadi kat utan bandar ni...tunggu la kalo2 aku ader idea nak tulis Kisah Klasik di Hutan Bandar part 2 plak yer...Slamat!