Monday, November 10, 2008

mungkin kami disabotaj

assalamualaikum & salam sejahtera kpd pengunjung2 blog yg budiman. pd hari yg mulia ini jari-jari dompotku tibe2 rajin untuk menari di papan kekunci berwarna hitam. sejak 4 hari yg lalu kami di pejabat boleh dikatakan hanya membuang mase2 emas & berlian yg ada, krn kerajinan ini hanya sia-sia. masalah server down btol2 memberikan kekusutan rambut, kenaikan darah ditahap maksimum,serta ketensionan yg boleh membawa kpd pembunuhan beramai-ramai di kawasan shah alam. mendengar angin-angin lalu yg berbisik, mungkin kami disabotaj oleh salah seorang staff yang akan memberhentikan diri kurang drpd 817 minit & 23 saat. jadi beberapa hari ini aku hanya menghabiskan mase mengange, mengunyah, bergelak, bergosip, berbual kosong, berbual berisi & lain-lain lagilah aktiviti sosial yg biasanya agak sukar dilakukan ketika tugasan memanggil tanpa mengira waktu. baru beberapa hari lps kami mendpt mandat & kata-kata pujukan drpd abg hisham. tapi nampaknya jiwa aku semakin bercelaru & napsu positif yg membuak tertanam bersama impian.