Monday, January 19, 2009

Kita...Dulu...Kini...Selamanya...

Apa sebenarnya erti PERSAHABATAN? Satu hubungan yg wujud pd 1 jangka masa yang ditetapkan. ataupun, 1 hubungan yg wujud & kekal lama sampai akhir hayat? PERSAHABATAN pastinya boleh memberikan 1 kenangan yg tak boleh dilupakan, sama ada ia sesuatu yang manis, lucu, ataupun pahit. Kita akan semakin meningkat usia tapi, rasa hati harus kuat supaya hubungan itu & sesiapa sahaja yang bergelar SAHABAT akan terus kekal dlm jiwa. PERSAHABATAN itu selalu indah. Walaupun kadang-kala ada rasa sakit dan kecewa, PERSAHABATAN bagi aku tetap tersangat indah bkn shj utk dikenang tetapi juga utk dikekalkan dan akan begitu selamanya dalam keadaan apapun. Dan kerana itu kita masih terus bersama. Dulu...kini...selamanya...

Monday, January 12, 2009

Aku rase korang ni dah gilerlah!

Hmm...entah kenape jari aku tibe2 jadi rajin nak menekan papan kekunci pasal mende ni. Kenapa kadang2 manusia terlampau susah untuk buat satu keputusan?

Sebut kes...
Seorang teman baik, menelefon. Bukan kali pertama, tetapi sudah beratus-ratus kali rasenyer masalah yg samer berulang. Teman aku ni lelaki. Al kisahnya lagi 2 minggu nak bertunang. Tapi, hampir setiap bulan dia telefon aku untuk meluahkan rase x puas hatinyer pd si gf. Kater si teman, gfnyer tu byk sgt rahsia. Setiap kali keluar, dia kalo bole xnak sang bf ni tau, dia pg mane. Then, si gf ni dpt plak hadiah special from someone. so, sang bf ni dok terkedip2 la mate nak tau dr siaper, tp gfnyer buat x reti je. yg paling x besh. bole kate dlm 10 kali kalo sang bf call, agak2nyer dlm 3-4 kali je lah gf ni angkat. selebihnyer dia cume biarkan telefon tu berdering sampai lebam je. lps tu, call balik pun tidak. just act like nothing happened. biler sang bf ckp pasal kahwin, then si gf cume tergelak & ckp 'owhh...i x pikir pun lg pasal tu.'& spt biaser akulah yg selalu menadah telinge sampai nak terkeluar dah taik telinge aku ni utk dengar masalah yg samer setiap bulan. yg aku dok pelik ni. kenape dua2 makhluk ni x boleh langsung buat decision utk keharmonian & kesejahteraan relationship mereka.

Si gf ni aku cume penah nengok gambor je lah. X kenal pun. Dia ni pd aku cume gf kpd teman baik aku & mempunyai sikap jeles yg ntah haper2 walaupun aku ni dah 14 thn kenal sang bf dia + aku pun dah berlaki. Jadi aku x kuaselah nak layan feeling emosi dia. Cume aku kesian je kat sang bfnyer merangkap teman baik aku ni. Sbb pd pandangan & jiwe rage aku sbg seorang p'puan yg tulen zahir & batin, kalo seorang p'puan tu betul serious dlm satu-satu relationship, dia akan happy & setuju kalo sang bf ajak kawin. & of course p'puan akan happy kalau sang bf always care for her. Tp gf dia ni tak plak mcm tu. So, aku x paham utk aper sebenarnyer diorg ni go on with the relationship yg diorg sendiri pun x tau bole ke mane? Yg sang bf plak, cerite mcm2 tp xder tindakan susulan. Syg mmglah sygkan, tp kalo rase diri tu stakat pakai buang je, tunggu aper lagi. Hmm... aperlah motif relationship diorg ni sebenarnyer? Iskk....aku plak yg mental sbb korang ni. Tolonglah settlekan cepat!!!

Thursday, January 08, 2009

Selamat Tinggal Masa Lalu...Selamat Datang Lembar Baru...

Hari ini, genap dua minggu aku bergelar 'Puan'. Satu gelaran yang mengundang gelak ketawa rakan-rakan segabanan, geng 606 sejak 14 tahun yang lalu. Ya, semasa kami masih riang di bangku sekolah. Tapi apabila sampai waktunya, gelaran itu tetap menjadi kenyataan. Bukan bagi aku sahaja, tetapi juga bagi mereka-mereka yang pernah menadah telinga untuk berkongsi rasa, menangis bersama, ketawa bersama, dan pelbagai lagi rasa pahit, manis, masam, masin ketika kami bergelar 'gadis' & 'teruna'. Siapa yang tidak pernah melalui zaman nakal tidak kira ketika di masa persekolahan, kolej ataupun di alam pekerjaan. Selagi lafaz ijab & qabul belum terucap, semuanya bebas melakukan apa sahaja tanpa 1 status yang membuatkan mereka terikat. Dan ketika itu akan kedengaran dialog seperti, 'nak buat jahat, jgn takut,' ataupun 'aku punya sukelah, aku single. xder komitmen.' Aku juga salah seorang drpd mereka. Tetapi pada 26/12/2008, tepat jam 10.00 malam, kata-kata itu cuma tinggal kenangan. Dan saat Fendy dan aku melafazkan taklik, dada aku cukup sesak & sebak. Begitu juga dgn ibu & ayah yang membaca teks penyerahan si anak, cukup untuk membuatkan suasana menjadi begitu hiba dan aku sendiri hampir membuatkan Masjid As-Syakirin itu banjir dgn air mata. Bukan tidak gembira, aku cukup gembira. Cuma rasa hiba itu datang tatkala memandang mereka. Penat lelah si ibu bapa selama ini akhirnya berakhir di situ. Aku sudah berada di alam baru. Ibu....ayah.... terima kasih untuk semuanya. Maafkan salah silap anakanda selama 27 tahun kita bersama. Doakan kebahagian anakanda. Buat malia, angie, che pah, cik a, nonie, shida, watie, cik li, fiza, azah, nadia, ajun, jas, nazib, sam, & rakan-rakan segabanan yg lain, we've been through hard times together, but somehow we always got through them. We've shared so many memories & may our friendship last forever. Sayang kamu semua...