Thursday, October 13, 2005

pulang ke kampung halaman

yeah...dapat jugak aku pulang ke kampung halaman minggu ni. last week, semua rakan-rakan segabanan tinggalkan aku. diorang balik kampung. aku je la dok terkontang-kanting sensorang sebab kena kerje sabtu lps. rindu masakan mak aku. nak-naknyer time bulan2 poser ni. adik aku dah 2-3 kali call tanyer confirm balik tak. camtulah dia everytime aku kate nak blk. xcited bangat. ohh...lupe plak. patotlah dia xcited aku sudah janji sama dia nak angkatkan kasut baru disebabkan kasut dia tu dah dicopet oleh mat pet yg bengong. tensen jek. but its oklah, nak rayekan. aku layankan je la dia... iskk...bas aku pkl 8.30 kang. lama lagi nak mengadap pc ni. kerja sume dah settle. this month deadline aku agak gedevaz skit. maklomlah nak cuti raye panjang nantikan. terpakse lah meluncur laju. hhmm... kpale aku dah melayang ni, pikiran dah xder dah kat opis. jiwe dah sampai jb. nak blah cepat, tak boleh plak. dok melangut je la kat sini menanti bulan timbul...

Sunday, October 09, 2005

Picture's In Life's Reverse

They started off as pretty pictures
flowers, trees, you and me
you put them on the fridge
for everyone to see

as the years went on though
i used the darker leds
the colours became stronger
the blacks, the blues, the reds

the soul and life you could feel
within each and every line
from the pretty little pictures
they wondered if they were mine

I painted pictures
just what was in my mind
no one seemed to like them
because of the hurt deep inside

with each and every picture
I slowly become a new me
someone, something
I never thought I would be

but still everyday I grab a pencil
draw what's on my mind
wondering if the old me
I will ever find.

2 hari yang sangat bosan

2 hari ni, aku betol-betol sangap giler babas. rakan2 segabanan sume takde umah. asyik buke pose sendiri je aku ni. pakal jek semalam aku keje. kalau tak, mesti aku pun dah selamat balik jumpe mak abah kat kampung. keje tu kejap je, kene bg motivation skit kat bdk2 sekolah rendah. hahaha...rosak..rosak... aku pun x tau aper yg aku dah suntik kat otak bdk2 tu. tp yg pastinya. bende2 yg baiklah. xdernyer aku nak merosakkan anak orang. habis keje dlm pkl 12.00 tgh hari. tp kalo aku nak blk jb pun x guna, sbb isnin aku dah keje blk. buang mase je kalo aku balik x sampai 1 hari. mak aku pun bising. jadi aku pun membuatlah aktiviti menonton tv. tgh sronok2 tgk tv, tibe2 tv tu pulak tgk aku blk. berbuke & sahur pun sensorang. tu pun nasib baik momo call aku suruh bangun sahur. kalo tak sure aku sahor pkl 10.00 pagi nanti. mcm tu je la sepjg 2 hari ni. hhmm... aku ader bwk blk keje, nak siapkan kat umah. tp napsu keje tu langsung xder. kpale otak aku lg byk melayang plak bln2 poser ni. nak pg poyer2 geng plak xder. so aku pun pergi cc ni, ingatkan bolehlah cari bahan utk artikel aku nanti. tp mcm xder tajuk best je utk aku tulis. momo x bole nak online plak sbb rakan segabanan dia tgh guna pc. kalo tak bole jugak aku merapu dgn dia. ohh..lupe. dia manelah online awal-awal ni. dia kan kupu2 mlm. online pun tgh2 mlm la. huh, aku jugaklah yang sangap ni. aper nak buat ha? blk tido je la kot...

Friday, October 07, 2005

lemau...sengal...sangap...

jam baru pukul 3.20 petang. aku dah rase kepale otak aku makin sengal. dari pagi tadi tak boleh nak buat kerja. asyik tengok jek pc aku ni sampai boleh cair. so, layan la lagu shaden supaya napsu aku nak tulis blog ni membuak-buak sikit. apehal lah, bulan-bulan puase ni rase malas tahap maharaja. kerja banyak, deadline makin awal tapi aku still rase takde semangat nak siapkan kerje. yang lagi best, bukan aku sorang je rase mcm tu. kak elin & diana yang mengapit aku sbelah kanan & kiri ni pun, same jugak. dr tadi aku asyik tgk diorg chatting kat YM. lepas tu bukak friendster. tu je la yg dr mule masok keje sampai skarang. mungkin sbb hari ni hari jumaat. so kepale masing2 pun dah melayang, maklomlah esok luse cuti. aku pun lebih kurang same jugak lah.entah apa aku buat depan pc 1 hari ni pun tak tau. hari ni malia send sume pix bali yg ader kat dia. so aku pun kononnya menggodehla page myspace aku tu. tukar pix antu kepale jebon, dgn pix aku yg betol. iskk...rase mcm aku dah makin membesar bagai johan la pulak. tensen je.

semlm aku layan gokusen tapi sampai 2nd disc jek. tengah-tengah layan tibe-tibe je aku rase aku dah ada kat 1 daerah yg asing. tibe-tibe terdengar bunyi telepon.
"awak, bangun. dah pukul bape ni. sahur ek." Hmm... macam kenal suara ni. Suara Joe rasenyer. La, aku tertidur la pulak. Nasib baik dia kejut, kalo tak sure aku sahur pukul 12.00 tgh nanti. Thanx dear...

Dila ajak buke kat KLCC arini, tapi aku rase tak pergi kot. kat luar tengah hujan so, agak masalah negare jugaklah aku bergerak secare solo ke KLCC tu. patotnyer keluar dgn abg zul, tapi tibe-tibe assignment dia cancel. kenelah stay opis tak boleh nak keluar. dengan aku sekali terkandas kat sini. iskk...sangapnyer. cepatlah masa berjalan. aku mahu pulang!!!

Wednesday, October 05, 2005

penne tonno arrabiata

hah, at last tahu juga aku menyebut name makanan italian yang agak kronik tu. semalam pergi berpoya-poya sama kakak ck di klcc. dila call mau join the party sama encik adik. kami berempat duduk tersandar di depan escalator sambil melihat pelbagai spesis orang yang lalu lalang. iskk, 4 orang agas yang baru nak naik duk sibuk menogak air masa turun escalator. cheh, kalau yer pun nak act cool agak-agak la di bulan puase yang mulia ini. lantak korang lah, janji tak menyusahkan hidup aku. mase nak pergi order makanan, aku cuak jugak. ape ke bendernyer name makanan yang kakak ck makan 2 minggu lepas tu? dia sendiri pun tak tau namenyer. aku tengok kat menu. iskk...mcm mane nak menyebut ni. orang ramai, mau saya kena gelak guling-guling kalau salah sebut. jalan penyelesaiannyer,aku amik yang ujung jek. "1 lasagna & 1 "arrabiata" please." cashier tu dok tengok muka aku sambil tersengih. "1 penne tonno please" katanya pada budak dapur. hehehe...la, bukan arrabiata ker. silap la pulak. aku senyum siput jek kat dia. dapat je makanan, aku terus meluncur laju tanpa memandang kiri kanan dan belakang. consider terbongeng jugakla muke aku ni. hari ni pun kitorg nak pergi buke kat klcc jugak. menu lain plak la. rase mcm nak mkn teppanyaki pulak. nyumm...nyumm... sure lazat dan bekrim. lambat pulak time nak berbuke. kene kawal lagi napsu kude aku ni. relex-relex je la...

Tuesday, October 04, 2005

Bali menangis lagi

Sabtu, 1 Oktober 2005

10.30 pagi

Pagi itu saya, Malia, Arin, Che pah dan Bart bersiar-siar di Pantai Kuta. Suasana di pantai amat segar dan nyaman. Ramai pelancong-pelancong asing yang meredah ombak tanpa mengira rasa takut.

“Oii…bart pergilah cepat. Ombak dah tinggi tu. Kau kan surfer bertauliah,” kata saya sambil ketawa.

“ Gila tinggi ombak dia. Kat Malaysia tak dapat macam ni. Setakat ombak Desaru tu. Apa sangatlah. Eh, macam nak hujan lah hari ni. Lain macam je cuaca,” balas Bart pula.

Saya mendongak ke langit. Memang hari itu agak berbeza daripada 3 hari sebelumnya. Walaupun nyaman, tetapi agak suram.

“Kau perasan tak, anjing hari ni macam baik-baik je. Semalam menggila. Aku rasa semua anjing nak terkam aku,” sambung Che Pah pula.

Hmm…memang betul. Kata saya di dalam hati. Lain macam sikit hari ni. Malia dan Arin hanya diam membisu.

Setelah lebih kurang 1 jam di pantai itu, kami bergerak ke Kuta Square. Ada lagi barang yang harus di beli. Esok semuanya sudah mau pulang ke Malaysia. Bali bukan sahaja tempat menenangkan jiwa, malahan juga syurga membeli-belah. Kami melewati butik Polo, Roxy, Volcom dan tidak ketinggalan Raja’s Café.

“Wei, cantik siot café ni. Aku pergi bulan tiga hari tu baru nak naik. Ni dah siap sume. Ramai orang. Mesti sedap,” kata Malia dengan kagum.

Reka bentuknya memang menarik. Walaupun bangunan berlantai 3 itu kelihatan ringkas, tetapi hiasan dalamannya itu cukup kreatif. Saya singgah sebentar di Money Changer selang dua kedai daripada Raja’s Café. Kemudian kami ke McD juga sederet dengan Raja’s Café untuk mengisi perut. Kami berlima terus berjalan. Habis menjelajah di Bandar Kuta, kami ke Legian Street. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan jam 3.00 petang.

“ Kita balik hotel dululah. Petang kang keluar balik. Aku nak pergi tengok festival kat pantai,” Malia bersuara.

Semuanya setuju. Maklumlah sejak tiba di Bali, kami semua bangun seawal pagi dan pulang hanya apabila jam menunjukkan jam 2.00 pagi. Itulah rutin kami sehari-hari. Tempat yang kami kunjungi memang Bandar Kuta. Langsung tak jemu. Rasanya betul-betul enjoy.

6.00 petang

Kami keluar semula untuk menyedut udara segar. Ada band yang sedang perform di atas stage di festival itu.

“Korang lepaklah dulu kat pantai ni. Aku dengan Bart ada barang lagi nak cari. Kitorang nak pergi kat Jungle Surf. Nanti jumpa kat sini balik pukul 9,” ujar Che Pah sebaik saja tiba di pantai.

Saya, Malia dan Arin menganggukkan kepala. Kami pun duduk sehingga hari gelap. Menghitung bintang di langit.

7.20 malam
Malam durjana

“Oi, jom blah. Sakit telinga aku dengar suara vocal pompuan band ni. Buruk giler suare. Ko nak layan lagi ker?,” tanya Malia dengan muka yang kusut.

“Hahaha…tak molah. Jomlah. Aku pun nak cari cd citer Indon. Nak tunggu Che Pah lama lagi ni. Kita pergi Kuta Square, kat Matahari tu lah. Mana tau jalan kang teserempak dengan diorang. Lepas tu kita pegi Apche ek. Aku nak tengok band abang Gusti aku main malam ni,” jawab saya.

Terbayang wajah si Gusti, vocalis band yang telah kami kenali semalamnya. Aduhh, cool bangat mamat sorang ni. Malia hanya tersenyum.


Kami pun menapak ke sana. Tiba di Hard Rock yang terletak tidak berapa jauh daripada Kuta Square, kami singgah sebentar kerana Malia mahu membeli sesuatu buat adiknya. Tiba-tiba terdengar dua letupan yang maha kuat.

“Ishh…bunyi apa tu? Arin, kau dengar tak apa yang aku dengar. Eh, pergi tanya kat security tu apa benda yang meletop tu?,” saya agak cemas.

“Pak…bunyi apa tu? Saya dengar macam letupan,” tanya Arin

“Ohh…ngak apa-apa. Itu hanya letupan kerana electricnya terputus. Ngak perlu khuatir,” jelas pengawal di situ.

Kami bertiga tidak puas hati. Takkanlah letupan begitu punya kuat hanya kerana bekalan letrik putus. Kami berjalan terus ke depan. Jarak kami dengan Kuta Square hanya lebih kurang 150 meter. Ramai orang yang berkumpul di situ. Ada yang berlari sambil menangis. Saya panik.

“Apahal ni Malia? Takkan lah sebab letrik orang menangis. Sakit mental aper,” saya jadi bingung.

“Tu la pasal, pelik aku ni,” kata Malia dengan muka yang blur.

Lalu seorang lelaki berbangsa Jepun bersama pasangannya.

“There’s a bomb at Kuta Square. In Raja's Cafe. You better stay away from that area,” ujarnya dengan muka yang pucat.

“Ha? Bomb? “How did u know?,” tanya Arin

“I just pass by. Gosh, so many people injured,” balasnya lagi.

Astaghafirullah Hal’azim bom lagi di Bandar Bali. Saya terbayang wajah Che Pah dan Bart. Ya’Allah, selamatkanlah mereka berdua. Saya dan Malia menggigil. Kami tahu Bart dan Che Pah akan ke Kuta Square kerana barang yang Bart ingin beli ada di sana. Kebetulan kelihatan 1 ambulan dan 4 biji kenderaan keluar daripada simpang Kuta Square dan betul-betul lalu di depan kami. Semuanya membawa mangsa yang berlumuran darah. Ada yang kepalanya berbalut. Ada yang mukanya penuh darah. Saya kaget. Tak tahu sama ada mereka masih hidup ataupun tidak.

Arin berjalan ke depan untuk mengambil gambar. Saya mengekor di belakang dan Malia hanya berdiri seperti patung.

Tiba-tiba, semua orang menjerit ketakutan dan berlari. Saya tergamam. Salah seorang pengawal di situ menjerit,

“Ayuh, masuk ke dalam hotel. Yang di jalanan lari. Pantas. Ada bom lagi yang mahu meletop.”

Saya terus panggil Arin “Arin, cepat lari. Mana Malia?” Saya tarik tangan Malia. Kami berlari tanpa menoleh lagi ke belakang. Bandar Kuta jadi huru-hara. Ramai yang menangis teresak-esak.

“Jangan lalu tepi Hard Rock. Bahaya. Kita lalu pantai,” kata saya sambil berlari.

Tiba di tepi pantai, kami tercungap-cungap. Wajah masing-masing pucat lesi. Jam baru menunjukkan jam 8.00 malam. Ada dua lelaki di tempat kami berhenti. Namanya Morie dan Asap. Mereka berdua ada di tempat kejadian ketika kejadian itu berlaku. Sempat juga kami berbual sedikit dengan mereka.

“Aduhh, kamu tahu. Ada seorang wanita Australi kayak kamu berdua ini, mukanya hancur. Hanya tinggal tengkoraknya sama gigi saja. Badannya juga luka teruk. Tapi dia masih hidup. Tapi saya rasa, mungkin mati lebih baik buatnya. Kasihan dia, kalau hidup pun pasti terseksa. Saya sebelum ini membantu mangsa bom tahun 2002 di Paddy’s & Sari Club. Yang itu lebih dasyat. Rakan saya sendiri ada yang maot. Traumanya belum hilang, sudah terjadi lagi. Kenapalah terrorist ini marah benar sama Bali. Saya tak mengerti. Kasihan sama pelancong dan orang Bali sendiri. Kamu bertiga take care ya. Jangan lupa solat. Harap-harap semuanya selamat,” kata Morie pada kami.

Jam menunjukkan jam 9.00 malam. Namun kelibat Che Pah dan Bart masih belum kelihatan. Kami bertiga berpusing di sekitar festival. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Risau dalam hati Tuhan saja yang tahu. Dari jauh nampak dua susuk tubuh yang amat dikenali. Hati jadi lega. Kami berpelukkan.

“Che pah, kau tau tak kitorang risau giler kat korang. Rase nak gugur jantung. Korang kat mana masa bom tu?,” tanya Malia.

“ Aku tau, korang risau. Aku lagi cemas tak ingat. Aku 100 meter je dari café tu. Tapi aku tak dengar bunyi bom, sebab kedai surfing tu bukak lagu kuat giler. Aku keluar dari kedai. Tengok semua orang menangis berpeluk-peluk. Lalu kat café tu, tengok ada yang tengah berangkat naik ambulan. Boleh kate rase nak pitamlah mase tu,” jelas Che Pah. Ada ketakutan yang terbayang di wajahnya.

“ Dah, jom balik hotel. Kat sini pun bahayalah. Terrorist suka attack tempat yang ramai orang,” kata saya. Kami bergerak pulang. Sepanjang perjalanan, masing-masing mendiamkan diri. Melayan jiwa yang kacau bilau. Terbayang wajah keluarga saya. Sudah tahukah mereka tragedi ngeri di Bali ini? Lalu di sebuah restoran, tvnya memaparkan tentang kejadian itu. Rupanya Jimbaran juga menerima nasib yang sama. Malahan lebih teruk lagi. 2 café di kawasan seafood yang terkenal itu turut di bom. Sehari sebelum bom itu, kami lalu di kawasan. Bukan itu saja, kami berlima turut merancang untuk makan malam di sana nanti. Ada 9 bom yang di bawa masuk ke Bali. 3 meletop dan 6 lagi dapat dimatikan. Yang paling mengejutkan salah satu tempat yang menjadi ancaman bom adalah di Hard Rock Café. Saya, Malia dan Arin saling berpandangan. Mengucap panjang kami.

Semua satelit telefon dimatikan. Kami tak dapat berhubung dengan dunia luar. Cuma mengharap ada yang menelefon kami kerana di Bali, kami masih boleh menerima panggilan tetapi tidak boleh membuat panggilan h/phone. Tiba-tiba telefon saya berdering. Saya singgah di cyber café. Dah keluar rupanya di web cnn tentang tragedi ini. Pantas betul.

Telefon saya tiba-tiba berbunyi. “Nana, nana kat mana sayang? Bali kene bom. Mak tengok berita. Nana takda apa-apa kan?,” terdengar suara ibu saya di corong telefon. Hati saya jadi sebak.

“Mak, Nana ok. Kitorg semua ok kat sini. Nana kat cyber café. Dekat dengan hotel. Mak jangan risau. Esok flight Nana malam. Tapi nana gerak awal kot pergi airport,” jawab saya dengan sayu. Tak mahu bercerita panjang. Tak mahu ibu saya susah hati.

“Dah, balik cepat. Jangan keluar hotel ya. Hotel Nana bukan kat area tpt kena bom tu kan? Doa banyak-banyak. Selamat semuanya,” sambung ibu saya lagi.

Saya hanya mengiyakan. Saya tak mahu menambah kerisauan di hati ibu walaupun sebenarnya hotel saya memang agak dekat dengan tempat pengeboman. Biarlah, pulang nanti baru saya ceritakan kesemuanya.

Sepanjang malam saya dan Malia tidak mampu melelapkan mata. Che Pah, Bart dan Arin sudah lena tidur. Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Jalan di bawah hotel kami menjadi sibuk kerana ramai pelancong yang mahu pulang pada malam itu juga. 40 kamar hotel di sekitar pantai semuanya sudah kosong. Saya hanya memandang siling di dalam bilik. Jiwa betul-betul tak keruan.

Ahad, 2 Oktober 2005.

Seawal pagi, kami berlima bersiap-siap untuk ke tempat kejadian di Raja’s Cafe. Mahu melihat dengan lebih dekat lagi. Tempat itu di kawal rapi oleh polis. Semua yang datang tidak dibenarkan melepasi garisan had yang telah diletakkan di situ. Ramai yang sudah berkumpul. Saya lihat kaca bertaburan. Masih ada beberapa tompok darah yang kelihatan. 4 kedai yang terletak bersebelahan dan berhadapan Raja’s Café turut menerima kesan daripada letupan itu. Terdengar desas-desus orang berbisik di pengeboman di lakukan oleh Jemaah Islamiyah dari Malaysia. Saya, Malia, Arin, Che Pah dan Bart hanya mendiamkan diri. Aduhh, kenapa bisa jadi begini. Kami sempat memetik kamera untuk mengambil beberapa gambar. Sedih, sayu dan hiba apabila mengenangkan tragedi itu. Kasihan mereka yang tidak berdosa. Kami berlima pulang ke Malaysia membawa seribu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Tragedi negeri yang mengorbankan 26 nyawa dan mencederakan lebih 100 yang lain. Semuanya menjadi sejarah. Bali menangis lagi…

kehidupan dan persahabatan

Tak semua di antara kita mempunyai keberanian untuk mengungkapkan isi hati. Dan pasti kita tercari-cari wadah yang terbaik untuk berbicara tentang segala rasa hati. Segala rasa marah, geram, suka, duka, gembira, kecewa, derita, bahagia dan tentu saja cinta. Kita berusaha mencuba apa saja cara yang dipercayai mampu melegakan segala rasa sakit selain turut berupaya mengungkapkan segala rasa bahagia di hati. Semalam seorang sahabat telah menefon aku. Hampir dua bulan kami tidak berhubung kerana sibuk dgn tugas masing-masing. Dari suaranya aku tahu dia berhadapan dengan masalah. Aku biarkan dia meluahkan segala kekusutan di hati. Katanya hidupnya tiada arah. Hidupnya di seliputi dengan pelbagai dugaan. Bagi seorang lelaki sepatutnya dia lebih tabah dan kuat dalam melalui ranjau kehidupan. Tapi setiap orang perlukan bahu untuk bersandar ketika berduka tidak kira lelaki mahupun perempuan. Aku juga maklum tentang hal itu. Lalu aku biarkan dia terus bercerita tentang kisahnya. Lama juga kami berbual. Kami bertukar pendapat dan mungkin ada serdikit nasihat daripada aku yang boleh dipraktikkan. Akhirnya dia lega. Kembali ceria seperti biasa.

Selepas meletakkan telefon, aku membuka almari dan mengeluarkan sebuah album gambar . Album itu sudah cukup untuk mengungkap kisah saya dari kecil sehinggalah genap usia saya 24 tahun. Aku tersenyum apabila membuka album itu. Tertera wajah rakan-rakan baik yang sangat saya sayangi. Malia & Angie adalah dua manusia yang penting selepas keluarga saya. Wujudnya mereka di muka bumi ini sememangnya menciptakan satu keindahan yang tidak terungkap. Seawal umur 13 tahun kami mula berkawan, mula mengenal erti persahabatan yang sebenar. Baik dan buruk kami lalui bersama. Belajar di kelas yang sama, duduk bersebelahan, masuk ke kolej yang sama, bahkan kami juga pernah tinggal bersama. Cuma bezanya Angie sekarang sudah pindah ke Johor Bahru semula lalu tinggal aku dan Malia yang masih setia di ibu kota cinta ini. Tetapi tidak pernah sekalipun kami lupa tentang diri masing-masing. Bagaikan ada satu tarikan magnetic yang mengikat kami untuk terus bersama. Selama ini pun cuma kami bertiga yang memahami perasaan masing-masing.

Dan ketika aku khayal mendengar alunan lagu dewa (hidup ini indah) aku terbaca coretan blog Angie yang betul-betul membuatkan hati aku tersentuh. Ayatnya sungguh puitis. Betapa agungnyanya nilai sebuah persahabatan.

Kita berusaha mencuba apa saja cara yang dipercayai mampu melegakan segala rasa sakit selain turut berupaya mengungkapkan segala rasa bahagia di hati. Apapun cara kita untuk meluahkan isi hati, seharusnya ia diungkapkan dengan penuh rasa hormat dan jujur pada diri sendiri. Sekalipun cuma berhasil mendapat kepuasan satu pihak iaitu diri kita sendiri , tetapi itu lebih baik dari tidak beroleh apa-apa. Dan dalam usaha itu berdirinya seorang sahabat. Yang pastinya tidak akan sama dengan insan lain yang kamu temui. Sikapnya mungkin juga tidak seperti pasangan kamu. Sahabat dan kekasih adalah dua insan yang berbeza kerana kamu boleh menjadi seorang yang sangat perahsia bila di samping kekasih tetapi tidak bila bersama seorang yang digelar sahabat. Hargailah sahabat kamu ketika dia masih ada. Ketika dia masih berdiri untuk menyokong kamu dan ketika dia masih menunjukkan rasa kasih dan sayang pada kamu. Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Apabila hilangnya seorang sahabat, keseronokkan kamu akan lenyap serta-merta dan kenangan yang lalu tidak mungkin kembali. Percayalah, kasih seorang sahabat sudah cukup memenuhi segenap ruangan hidupmu. Kerana dia lebih mengerti apa yang bermain di minda mu walaupun tidak diluahkan. Dia memang sahabat sejati.

Hidup adalah satu perjuangan, dan kita semua adalah pejuang kepada cita-cita dan harapan kehidupan. Untuk Malia & Angie terima kasih untuk semuanya. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku. Terima kasih kerana mengalas bahu untuk aku menangis, terima kasih kerana sudi menadah telinga mendengar segala masalah yang ada kalanya berpunca dari diriku sendiri, terima kasih atas sokongan dan nasihat yang kalian berikan. Terima kasih untuk semuanya. Aku sayang kamu…