Thursday, January 08, 2009

Selamat Tinggal Masa Lalu...Selamat Datang Lembar Baru...

Hari ini, genap dua minggu aku bergelar 'Puan'. Satu gelaran yang mengundang gelak ketawa rakan-rakan segabanan, geng 606 sejak 14 tahun yang lalu. Ya, semasa kami masih riang di bangku sekolah. Tapi apabila sampai waktunya, gelaran itu tetap menjadi kenyataan. Bukan bagi aku sahaja, tetapi juga bagi mereka-mereka yang pernah menadah telinga untuk berkongsi rasa, menangis bersama, ketawa bersama, dan pelbagai lagi rasa pahit, manis, masam, masin ketika kami bergelar 'gadis' & 'teruna'. Siapa yang tidak pernah melalui zaman nakal tidak kira ketika di masa persekolahan, kolej ataupun di alam pekerjaan. Selagi lafaz ijab & qabul belum terucap, semuanya bebas melakukan apa sahaja tanpa 1 status yang membuatkan mereka terikat. Dan ketika itu akan kedengaran dialog seperti, 'nak buat jahat, jgn takut,' ataupun 'aku punya sukelah, aku single. xder komitmen.' Aku juga salah seorang drpd mereka. Tetapi pada 26/12/2008, tepat jam 10.00 malam, kata-kata itu cuma tinggal kenangan. Dan saat Fendy dan aku melafazkan taklik, dada aku cukup sesak & sebak. Begitu juga dgn ibu & ayah yang membaca teks penyerahan si anak, cukup untuk membuatkan suasana menjadi begitu hiba dan aku sendiri hampir membuatkan Masjid As-Syakirin itu banjir dgn air mata. Bukan tidak gembira, aku cukup gembira. Cuma rasa hiba itu datang tatkala memandang mereka. Penat lelah si ibu bapa selama ini akhirnya berakhir di situ. Aku sudah berada di alam baru. Ibu....ayah.... terima kasih untuk semuanya. Maafkan salah silap anakanda selama 27 tahun kita bersama. Doakan kebahagian anakanda. Buat malia, angie, che pah, cik a, nonie, shida, watie, cik li, fiza, azah, nadia, ajun, jas, nazib, sam, & rakan-rakan segabanan yg lain, we've been through hard times together, but somehow we always got through them. We've shared so many memories & may our friendship last forever. Sayang kamu semua...

9 Comments:

Blogger bastard united said...

love u too la...

8:21 PM  
Blogger *yellow volks* said...

sob..sob.. sebak ati hambe membace blog mu ini cik nan.. opss.. pn nan..

10:31 PM  
Blogger anggunansakti said...

aku pun feeling menulih jgk cik lie. huhuhu... ;p

10:47 PM  
Blogger Aireen Osman said...

u makes me cry darlaaa...huh...congratulazioni buddy...welcome to da club!!

1:28 AM  
Blogger mizmaleya said...

love u too puan nan! tak boleh cik nan lagi kan. hehe.

enjoy ur new journey. :)

8:48 PM  
Blogger $@m said...

luv u toooooo, 3,4,5,6,7,8 lapan lagi.... sori sgt nana... tak dapat datang... jumpa kat reunion....

12:00 AM  
Blogger ha_si_na said...

to nana gakssss.....welcome ke alam puan2.....!!!!!!

5:06 PM  
Blogger Qaseh Iman said...

welcom to da club...bile plak nak welcom to da mama club...hehhe..

ape2 pun..congrats for your wedding..sorry x dpt dtg...

9:45 PM  
Blogger LuvDaani said...

Hai na...Married is gamble. Anything happen in future will make us lebih kenal erti hidup. Anyway, Luv u tooo...

5:46 PM  

Post a Comment

<< Home